LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
- Apabila mengendali diod langkah- langkah keselamatan berikut mesti diamalkan:
- Diod tidak boleh terdedah kepada haba tinggi yang berpanjangan.
- Perhatian perlu diberi apabila proses pematerian diod ke papan litar dibuat.
- Kaki diod hendaklah dibengkok dengan cara yang betul.
- Ia mesti dipegang pada kakinya menggunakan playar muncung tirus, kemudian baru bengkok.
- Ia penting supaya simpang PN yang ada di dalam diod tersebut tidak terganggu
- Semasa menguji diod pada papan litar, pastikan diod dipisahkan terlebih dahulu dari litar sebelum pengujian dibuat.
- Apabila proses pematerian dilakukan langkah keselamatan seperti yang telah dinyatakan dalam modul 3 perlu diikuti.
No comments:
Post a Comment